Kesimpulan Assignment Hubungan Etnik Malaysia

1.ABSTRAKSetiap negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai perlembagaan masing-masing. Perlembagaan dan undang-undang wujud dalam masyarakat bertujuan menjamin kelangsungan sesebuah negara, menjamin kestabilannya, menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat, menegakkan keadilan serta memberi panduan dan kuasa kepada pemerintah. Justeru, perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik serta menjamin taat setiarakyat sesebuah negara itu. Dalam kajian ini,tumpuan kami adalah untuk mengkaji tentang definisi,latar belakang,perkembangan dan melakukan analisa kritikal yang relevan dengan tajuk yang dikaji.Instrumen kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah muat turun internet,buku dan lain-lain.Banyak persoalan mengenai konsep Perlembagaan Negara telah dapat dirungkaikan hasil dapatan kajian yang dilakukan dan akhirnya dapat disimpulkan untuk pemahaman yang lebih jelas mengenai konsep Perlembagaan Negara di Malaysia.1

3 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang berintegrasi sosial dalam kalangan penduduk terdiri daripada masyarakat majmuk yang didiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut dan kumpulan etnik minoriti yang lain. Oleh sebab pelbagai etnik mempunyai perbezaan antara satu sama lain dari segi bangsa, agama, Bahasa, budaya, tempat tinggal dan cara hidup, maka pelbagai etnik dapat dipupuk melalui dasar pendidikan kebangsaan yang berorientasikan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Dalam pelbagai etnik, ada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Sebelum mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu tidak merancang sebarang dasar ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan.Kerajaan Inggeris lebih cendering mengamalkan sistem pendidikan secara berasingan bagi setiap kumpulan etnik.Kerajaan Inggeris menggalakkan penubuhan sistem persekolahan yang bercorak perkauman, iaitu Pendidikan Melayu, Pendidikan Inggeris, Pendidikan Cina dan Pendidikan Tamil untuk memenuhui keperluan pendidikan asas masyarakat tempatan. Pendidikan merupakan dasar yang penting di Malaysia.Selepas kemerdekaan, untuk menyesuaikan sosial yang ekonomi berkembang, Kerajaan Malaysia sangat mementingkan pendidikan berkembang.Kerajaan Malaysia menubuhkan Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan perusahaan dalam pendidikan. Matlamat utama kumpulan etnik adalah untuk memelihara dan memperluaskan wilayah etnik sendiri dengan memupuk keagamaan, kebahasaan dan kebudayaan etnik sendiri. Sekolah-sekolah Melayu terletak di kawasan perkampungan Melayu. Sekolah Cina kebanyakannya didirikan di bandar dan sekolah Tamil jauh terpencil dibina di kawasan lading getah. Sistem persekolahan yang diamalkan oleh setiap kumpulan etnik masing-masing mempunyai dasar, tujuan, kurikulum, sukatan pelajaran, bahasa pengantar, buku teks, sekolah, latihan perguruan yang tersendiri dan berbeza-beza.

0 thoughts on “Kesimpulan Assignment Hubungan Etnik Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *